aku ada baca tips dari tourist mengenai london > http://www.virtualtourist.com/travel/Europe/United_Kingdom/England/Greater_London/London-309228/TravelGuide-London.html



aku ambik beberapa point dari tips mereka untuk rujukan kita:

a-jurugambar di lokasi pelancongan atau taman. mereka ambil gambar kita berlatar-belakangkan tempat tu kemudian 'pujuk-paksa' kita beli. ini samalah macam kat mana-mana negara pun.

b-topi bendera great britain/mana-mana negara. kalau beli, jangan pakai sepanjang masa sebab orang tahu kita pelancong, dikuatiri kita jadi target oleh penyeluk saku/perompak terutamanya di stesen tube.

c-kalau nak travel pakai tube, elakkan keluar pukul 9 pagi sebab masa tu dah ramai orang pergi kerja. jadi beratur panjang. jangan bukak peta dalam tube/stesen. pickpocket/perampok suka target tourist. jangan halang laluan dalam stesen tube kalau terpaksa berhenti untuk bukak peta.

d-tiket. jangan beli apa-apa tiket dari penjual kaki lima. beli di booth yang disediakan.

e-selepas pukul 5 petang, ada orang yang mintak 'travel-card ticket' kita. jangan kasi, buat tak tahu saja.

f-khabarnya hari ahad tak ada changing guard. dan pada bulan yang tak ramai pelancong, dia buat alternate day. mula pukul 11 pagi. pergi awal kalau nak ambik posisi gambar.

g-tukar duit siap-siap di malaysia. biasanya money-changer di negara asing ambik komisen tinggi, silap-silap tak nak terima RM.

h-jaga-jaga jangan sembarangan ambik gambar bangunan, iklan atau poster (melainkan di lokasi bersejarah/pelancongan). ada kes polis tahan, cek kamera dan soal-jawab kenapa ambik gambar bangunan, bank, poster dll.

i-kalau jumpa peminta sedekah, elakkan bertentangan mata. pandang tempat lain dan jalan laju-laju.

j-london selalu 'hujan/sejuk tiba-tiba' (cuaca average 18'C) terutama dalam bulan Mei. boleh bawak baju hujan plastik/jeket yang ada tutup kepala/topi. payung tak boleh bawak dalam hand-carry beg unless masuk beg ke kargo lagipun rugi ruang beg. cek cuaca sebelum bertolak -www.bbc.co.uk/weather.

k-bawak bekal ubat-ubat saiz+kuantiti kecil antaranya asprin, cirit-birit, minyak angin.

l-ke london: Liquids or gels are not permitted into the aircraft cabin. These include beverages, shampoo, suntan lotion, creams, toothpaste, hair gel and other items of similar consistency. These items must be carried in the CHECK-IN BAGGAGE.

m-universal travel power adaptor. khabarnya voltage UK lain so kena bawak voltage conveter jugak ke?

n-duit+passport jangan simpan dalam bagpack/poket seluar belakang sebab pickpocket senang bukak zip beg. maklumlah bajet-travel jadi kita jalan-jalan sure bawak beg kat belakang. bawak shoulder bag/sling bag-isi duit/passport dan arahkan di depan badan.

o-tisu. jamban tak ada baldi/hos air.

p-ada orang tulis kena sediakan gambar size passport untuk 'travel card' tube. tak taulah betul ke tak. (oyster kad tu kena ada gambar ke untuk apply?).

akhir sekali-nasihat paling popular>pakai kasut yang mudah untuk jalan jauh dan cuaca hujan(kasut tapak flat/kasut kasual/boot dll).

*nota: ni cuma tips saja. nak ikut atau tak terpulang ;)

Baru-baru ini aku jumpa Encik Jati, seorang pensyarah di UITM. Beliau baru balik dari menjalankan kajian di Perancis. Aku 'terkenal' Encik Jati melalui fotopages dia yang ada banyak lokasi menarik di Perancis.

Encik Jati ada bagi 4 keping peta bandar Paris, setiap satunya peta yang berbeza-beza - peta bandar, tempat menarik, transportation metro, bus dan train. Encik Jati dengan baik hatinya telah tandakan lokasi menarik di bandar Paris yang mesti kita lawati dan lokasi makan halal. Jadi tak adalah kita buang masa nak carik peta dan fahamkan jalan bila sampai Paris nanti.

Merci Encik Jati :)

 
>