22 May 2009 (jumaat)
Pagi-pagi dalam jam 8am, check out hotel. Letak beg2 di locker station Lauterbrunnen. Dalam chf2 ke chf6. Tak ingat sangat. So kami pun tunggu train naik ke Jungfrojoch. Ramai gak orang yang naik pagi ni. Siap ada yang bawak kayu ski lagi.

Tengah sedap melihat pemandangan kiri kanan yang cantik tu, tiba-tiba datang pakcik tiket. Kami dah cuak gak. Kami tahu kena beli tiket train ke jungfrajoch tu tapi tak sure sangat beli kat station bawah ni atau bila dah sampai atas baru beli. So kami dengan muka yang kaver cuak tu, tunjukkan la swiss pass tu. Sekali pakcik tiket cakap in English tapi ditranslet melayu ;

“tiket ini tak boleh diterima pakai. Tiket ni cuma naik train biasa. Bukan untuk train ke Jungfrojoch. Turun kat Wengen nanti.”

Wooohoo...kami buat muka seposen dan say thank you. Nasib baik dia tak hangin dan marah-marah kami.

Bila sampai kat wengen, kitorang pun turun (masa ni ada yang dah tumbuh tanduk, cakap tak payah turun. Selamba je terus naik. Dia tak check lagi kot?)

Kami terus ke kaunter tiket. Dan beli tiket ke jungfrajoch. Bila berpaling je dari kaunter tiket tu, punyalah kami terkejut bila pakcik tiket berdiri di belakang kami. Terus kat situ, dia punch tiket kami. Haha! Gelak gile masa ni. Kelakar bila teringatkan pakcik tiket. ;-)

Kami naik balik train dan ke Kleine Scheidegg. Turun kat situ. Tunggu train ke jungfrojoch. Sempatlah posing2 dan mula terasa kesejukan yang agak luar biasa. Tak lama lepas tu train sampai dan kami pun naik. Macam mabuk2 gak naik train tu. Haha!

Sampai kat jungfrojoch kami pun masuk ke ice palace dengan penuh hati2 dan kesejukan ya amat. Kemudian terus ke tempat top of europe tu. Ramai gak orang masa ni. Nak keluar dari bangunan tu pun sikit punya payah. Dah la licin.

Gua terpaksa extra carefull sebab kaki yang masih belum sehat sepenuhnya. So, dengan ada ribut2 sket. Angin kuat menderu-deru. Sekejap je pun kat sana sebab masing2 tak tahan dengan kesejukan. Tapi posing tu tetap posing. Hehe.

Lepak2 jap atas tu, dalam jam 1pm, bertolak balik ke Lauterbrunnn. Tapi masa singgah di Kleine Scheidegg tu sempat la posing dan main salji (agak kotor dengan daun2) kat sekitar situ. Best best! Masa tengah gila main salji tu, adalah nyonya (refer to orang tua omputeh) dok gelak2 kan kami. ;- Punyalah kami jakun main salji. Haha.

Turun train kat lauterbrunnen, amik beg dan naik train ke Interlaken. Di interlaken tukar train ke Lucerne. Naik panoramic train. Dok confuse lucerne tu sama ke dengan luzern. Setelah tanya dua-tiga orang, akhirnya kompem betui. Lucerne tu sama dengan Luzern.

Perjalanan hampir 2 jam. Melalui pemandangan yang cantik2 dan hijau. Sampai kat lucerne (luzern), cari jalan keluar. Tanya dengan orang.

Orang swiss memang tip top bab tolong orang. Siap bawak tunjuk jalan keluar lagi. ;-). Kitorang naik bas pergi ke backpackers hotel. Jalan kaki sket dan sampai. Hotel ni agak terpencil sket. Sebab dekat dengan tasik lucerne yang jernih tu.

Lepas check in. Tanya sama ada esok malam ada kosong lagi tak bilik. Disebabkan tak jadik pi liverpool, maka kami ada extra one night kat swiss ni. Jadi perlu cari hotel.
Dok belek2 pamplet hotel yang ada. Akhirnya kami nekad nak pi ke Wassen. Sebab nampak macam perkampungan gitu. Hehe.

Malam. Tido.

sambung cerita

Sorry la pada semua pembaca (errr ada ke yang nak membaca ni?) sebab dah lamaaa gila tak apdet cerita percutian ke europe ni.

Aku sambung la ni.

 
>