Showing posts with label london. Show all posts
Showing posts with label london. Show all posts

swiss

21 May 2009
Kami check in dalam jam 5 lebeh. Pehtu terus masuk balai berlepas.Alhamdulillah, sepanjang melalui imigresen di London ni semuanya berjalan dengan lancar. Kena selongkar beg tu perkara biasalah. ;-)

Jam 10.15am (waktu swiss) kami sampai di Zurich Airport. Kami tukar duit swiss. Keluar dari airport tu, ikot jalan ke bangunan terminal. Dah sampai situ, tiba-tiba lost. Tak tahu mcm mana nak start. Konon nak cari beli pass kat terminal tu tapi tak jumpa plak. Tanya dengan information counter, dia pun tak berapa nak faham agaknya apa yang kami nak. Dia bagitau dia pun ada jual pass gak. Tapi untuk 2 hari saja. Setelah menjelaskan tujuan kitorang, maka akhirnya dia suruh pegi ke kaunter tingkat bawah. Ada lagi kaunter jual tiket. Maka kami pun turun ke bawah dan setelah berpusing2, terjumpa la kaunter utk beli swiss pass tu.

Beli beli swiss pass tu, tetiba kami lost (again?). Plan mcm nak meronda bandar zurich dulu sebelom bertolak ke Lauterbrunnen. Tapi dok pusing2, tanya orang. Tapi tak bertemu jawapan. Masa tu perot dah lapar. Dari pagi tak berisi. Kami punya bekalan (ketupat segera yang belum direbus, serunding daging, sambal ikan bilis dan megi) belum boleh dimakan lagi.

Kami nampak food court berdekatan situ. Tawakal je la. Beli fish burger kat mekdonel. Dua orang lagi member beli fish and chip. Sempatlah tanya awek kaunter mekdonel tu macam mana nak ke central Zurich. Dia kata naik train dan pi ke Zurich HB. Ohoo...!

Sambil makan tu jam pon dah dekat jam 12pm. So kami decide terus ke Lauterbrunnen. Dah la tak mandi2 lagi dari malam tadi. Hehe. So, kami pun tanya kaunter swiss pass tu jam berapa train ke lauterbrunnen. Dan dorang dengan baik hati printkan kami jadual perjalanan. Bertolak jam 12.30pm dan akan sampai jam 2 lebeh.















































Naik train, turun kat bern. Tukar train. Pergi ke Interlaken. Kat interlaken tukar train ke lauterbrunnen. Perjalanan kami selama 2 jam tu sangatlah cantik dan menarik. Nak tido pun rasa mcm satu kerugian. Kehijauan sungguh! Dalam lebeh kurang jam 3 gitu kami sampai di lauterbrunnen station. Kami stay di Valley Hostel. Dekat sangat pun dengan train station. Kami check in bilik untuk 4 orang. Dah booking siap2 before kami bertolak haritu.

Valley hostel ni amatlah bersih. Kena buka kasut di kaunter check in dan diberi selipar putih mcm kat hotel2 tu. Bilik pun bersih. Dapur pun bersih. Dan lagi best, pemandangan di balkoni bilik kami tu, pergunungan dan rumah2 yang cantik. Boleh tengok lagi train naik ke Jungfrojoch. Wuhuuu!















































Kerana lapar sangat, kami masak megi dulu untuk mengalas perot. Mandi-mandi dan bersiap untuk ronda-ronda. Konon-konon nak meronda ke Murren. Tapi apesal tak macam tak terjumpa plak bus or train nak ke sana. Nak tanya orang mcm malas.

Dengan swiss pass yang ada, kami naik train menuju ke Kleine Scheidegg. Tapi sampai kat Wengen tu, train berhenti. So kami pun turunlah. Ingatkan dia berhenti lama rupanya kejap je. So tengah syok bergambar tu, train pun berjalan meninggalkan kami. Uhuhu..

Kami tunggu train untuk naik ke atas lagi tapi macam takde. Jadi kami tunggu train turun ke bawah balik sebab tengok dalam jadual mcm dah takde train naik lagi. Waktu tu dah around 5pm ke 6pm gitulah. So kami teruskan berposing2 di situ sampai bosan. Hahah!

Tak lama lepas tu. Train pon sampai. Kami pun naik dan turun balik ke Lauterbrunnen. Sampai di hostel, kami pun mulakan operasi merebus nasik himpit. Dalam jam 9 lebeh, makan nasik himpit dan serunding daging dan sambal ikan bilis *nikmatnya*

Terjumpa plak mamat melayu singaporean. Tegur dan borak2 jap.Dia datang untuk pi seminar kat Swiss tu. Jadik, dah terlanjur ke swiss, dia tambah cuti utk ronda-ronda. Dia siap ajar lagi kami untuk hiking ke jungfrojoch tu. Boleh melalui sungai dan pemandangan yang cantik. Kami dengar saja. Hahah! Maybe next time, bila datang ke sini lagi bolehlah hiking plak ke atas gunung tu. Buat masa sekarang ni, naik train is the best.! Keh keh keh

20hb Mei (Rabu)

Flait balik ke London jam 935am. Sampai London jam 9.40 am( waktu London). Sampai epot, naik bas dan tube ke rumah penginapan untuk amik beg. Makan dulu kat zams chicken (set ayam goreng 1.99 pound)















































Kemas2 barang. dalam kol 12pm, taxi sampai untuk bawak kami ke bayswater. Tumpang letak beg kat sana plak (ada kenal somebody kat sana). Lepas kemas2 barang yang perlu di bawa ke Zurich. kami lepak2 jap. sempatlah soping kejap di area bayswater tu. Pi singgah intenet jap. 1 jam 1 pound.

Memandangkan kami akan naik flait jam 7.15am ke Zurich, maka kami sepakat untuk tido di Luton Airport. Dah bajet sure sejuk kat epot tu, maka kami dah standby siap2 selimut dan jaket tebal dan sarung tangan.

Lebih kurang jam 9.30 am, setelah menumpang beg besar di Malaysian Hall (ada kenal sambadi kat sana), maka kami menaiki tube menuju ke baker street. Kuar dari stesen bakers street tu, kami belok ke kanan. Dan jalan around 5-8 minit ke stesen bas. Boleh naik bas dari situ untuk terus direct ke Luton Airport. Naik bas dalam 13 pound sorang.

Tunggu agak lama bas kat bakers street tu. Siap meragui kebenaran mamat yang menunjukkan jalan ke situ (kami jumpa mamat ni di Malaysian Hall – waktu makan2 dan terborak dengan dia. Dia tunjukkan jalan, siap lukis map atas tisu). Tanya dengan orang yang tengah minum depan restoran situ pon, dorang tak sure. Kami tunggu lagi dan lagi. Sampailah akhirnya bas berwarna hijau tu pon sampai. Dan kami pon naik.

Wow. Dah tido bangun, tido bangun. Tak sampai2 gak Luton Airport tu. Ada dekat sejam gak perjalanan. Lebih kurang jam 12 malam tu, kami sampai kat Luton Airport. Terus cari port untuk tido. Port2 best semua telah dichop oleh orang lain. Akhirnya kami jumpa gak port yang best. Agak terselindung dan dekat dengan toilet (ini yang lebih penting, senang nak buat mcm umah sendiri. Hehehe)

Luton airport ni punyalah sejuk ya amat. Kami tido beralaskan baju hujan dan berselimut tebal2 pon tak boleh gak melawan sejuk. Tapi dalam tak tahan sejuk tu boleh gak layan mata dua tiga jam. Hehe. Sempat gak berinternet. Kenalah bayar 1 pound untuk 15 minit.

Dalam pukul 4 tu luton airport dah riuh rendah dah. Ramai yang dah mula datang. Nak check in. Kami pon siap2 semayang subuh dan berkemaslah barang2. Ronda2 sekitar situ.

Monik ni antara geng yang paling awal ke London menggunakan Air Asia. Beberapa hari sebelum dia berangkat, ada peristiwa yang membuatkan dia kacau bilau (pasal visa). Heheh.. Tapi Alhamdulillah, everything's ok.

Ini antara point2 yang aku dapat dari pengalaman Monik,

1. Untuk ke London, tak perlu visa. (orang Wism* P*tra tu perlu update ur knowledge ok)
2. check-in utk international flights AAX adalah seawal 3 jam sebelum berlepas
3. Masa kat imigresen London : disini, muka kena manis, jgn cengil sgt okay. aku dan suami lepas dr pemeriksaan tak sampai 15 minit. soalan yg ditanya :-

1) is it first time u in london ?
2) how long u'll be in london?
3) where will u stay ?
4) after one week u in london, what will u do ? - ini kena jawab i'll go back to mesia
5) do you have ur return ticket ? - ini kena jawab yes. and korang perlu tunjuk tiket ye.

4.siap2 kan dlm satu file, tiket2 ko, itinerary ko kat sana, termasuk europe tour, booking hotel2 yg ko dah buat semua.

yang lain-lain, nanti aku tambah lagi ek

tube planner

train

1. Selamat hari raya aidiladha. Aku beraya di perantauan hari ini. Pertama kali beraya jauh dari famili. Uhuks. :-(.

2. Oleh kerana kemungkinan besarnya tak jadi ke holland sebab dengar kabarnya mungkin tulip dah dipotong2, maka kami mungkin menukar haluan.

london - paris - london - manchester - glasgow -london. so far mcm tu la.

dan aku dah check train ni. Kita boleh dapat tiket london- manchester cuma 8 pound saja.
dan glasgow - london cuma 12 pound je. Kena search fares yang murah-murah.

http://www.thetrainline.com/


3. Aku dah check eurostar untuk travel 13 (Rabu) May ke Paris dan 15 (Jumaat) May kembali ke London. Disebabkan schedule open hanya sampai Mac, aku test tengok time pada hari Rabu dan Jumaat. Harga tiket 59 pound seorang pergi/balik.

Hari Rabu jadual eurostar paling akhir ialah pukul 7:39 petang. Anggaran perjalanan taxi dari Stansted ke St Pancras Station ambil masa 1 jam 9 minit. Kalau kita anggarkan selesai urusan airport dalam jam 6:30, maka tak sempat untuk dapatkan last train ke Paris.



Kalau kita ambik eurostar one way sahaja pada hari Jumaat ke London, harga tiket 51 pound seorang.

The Changing of the Guard takes place in the forecourt of Buckingham Palace at 11.30 every day in summer,
every other day in winter, and lasts about 45 minutes.
The New Guard marches to the Palace from Wellington Barracks with a Guards band,
the Old Guard hands over in a ceremony during which the sentries are changed and then returns to barracks.
The New Guard then marches to St James's Palace leaving the detachment at Buckingham Palace.


I'd say it's about the same, train or plane. The train is a bit more expensive, but it takes directly from central London to central Paris, in about 3h30.The cheapest fare (advanced booking, non refundable) is EUR65 (USD80).

The flight itself is faster (about an hour) and less expensive, but it flies between airports which are away from the city centre. You would take time to go to the airport in London (and pay the fare) and more time to get to Paris from the airport (and the fare - usually more then 10 euros).


pilihan untuk ke paris dari london.
eurostars (3 jam setengah) - http://www.seat61.com/London-Paris-train.htm : +- £59
kapalterbang (1 jam setengah) atau
feri selat inggeris (train-bus-feri-train) - http://www.seat61.com/London-Paris-ferry.htm : £42

 
>