swiss

21 May 2009
Kami check in dalam jam 5 lebeh. Pehtu terus masuk balai berlepas.Alhamdulillah, sepanjang melalui imigresen di London ni semuanya berjalan dengan lancar. Kena selongkar beg tu perkara biasalah. ;-)

Jam 10.15am (waktu swiss) kami sampai di Zurich Airport. Kami tukar duit swiss. Keluar dari airport tu, ikot jalan ke bangunan terminal. Dah sampai situ, tiba-tiba lost. Tak tahu mcm mana nak start. Konon nak cari beli pass kat terminal tu tapi tak jumpa plak. Tanya dengan information counter, dia pun tak berapa nak faham agaknya apa yang kami nak. Dia bagitau dia pun ada jual pass gak. Tapi untuk 2 hari saja. Setelah menjelaskan tujuan kitorang, maka akhirnya dia suruh pegi ke kaunter tingkat bawah. Ada lagi kaunter jual tiket. Maka kami pun turun ke bawah dan setelah berpusing2, terjumpa la kaunter utk beli swiss pass tu.

Beli beli swiss pass tu, tetiba kami lost (again?). Plan mcm nak meronda bandar zurich dulu sebelom bertolak ke Lauterbrunnen. Tapi dok pusing2, tanya orang. Tapi tak bertemu jawapan. Masa tu perot dah lapar. Dari pagi tak berisi. Kami punya bekalan (ketupat segera yang belum direbus, serunding daging, sambal ikan bilis dan megi) belum boleh dimakan lagi.

Kami nampak food court berdekatan situ. Tawakal je la. Beli fish burger kat mekdonel. Dua orang lagi member beli fish and chip. Sempatlah tanya awek kaunter mekdonel tu macam mana nak ke central Zurich. Dia kata naik train dan pi ke Zurich HB. Ohoo...!

Sambil makan tu jam pon dah dekat jam 12pm. So kami decide terus ke Lauterbrunnen. Dah la tak mandi2 lagi dari malam tadi. Hehe. So, kami pun tanya kaunter swiss pass tu jam berapa train ke lauterbrunnen. Dan dorang dengan baik hati printkan kami jadual perjalanan. Bertolak jam 12.30pm dan akan sampai jam 2 lebeh.















































Naik train, turun kat bern. Tukar train. Pergi ke Interlaken. Kat interlaken tukar train ke lauterbrunnen. Perjalanan kami selama 2 jam tu sangatlah cantik dan menarik. Nak tido pun rasa mcm satu kerugian. Kehijauan sungguh! Dalam lebeh kurang jam 3 gitu kami sampai di lauterbrunnen station. Kami stay di Valley Hostel. Dekat sangat pun dengan train station. Kami check in bilik untuk 4 orang. Dah booking siap2 before kami bertolak haritu.

Valley hostel ni amatlah bersih. Kena buka kasut di kaunter check in dan diberi selipar putih mcm kat hotel2 tu. Bilik pun bersih. Dapur pun bersih. Dan lagi best, pemandangan di balkoni bilik kami tu, pergunungan dan rumah2 yang cantik. Boleh tengok lagi train naik ke Jungfrojoch. Wuhuuu!















































Kerana lapar sangat, kami masak megi dulu untuk mengalas perot. Mandi-mandi dan bersiap untuk ronda-ronda. Konon-konon nak meronda ke Murren. Tapi apesal tak macam tak terjumpa plak bus or train nak ke sana. Nak tanya orang mcm malas.

Dengan swiss pass yang ada, kami naik train menuju ke Kleine Scheidegg. Tapi sampai kat Wengen tu, train berhenti. So kami pun turunlah. Ingatkan dia berhenti lama rupanya kejap je. So tengah syok bergambar tu, train pun berjalan meninggalkan kami. Uhuhu..

Kami tunggu train untuk naik ke atas lagi tapi macam takde. Jadi kami tunggu train turun ke bawah balik sebab tengok dalam jadual mcm dah takde train naik lagi. Waktu tu dah around 5pm ke 6pm gitulah. So kami teruskan berposing2 di situ sampai bosan. Hahah!

Tak lama lepas tu. Train pon sampai. Kami pun naik dan turun balik ke Lauterbrunnen. Sampai di hostel, kami pun mulakan operasi merebus nasik himpit. Dalam jam 9 lebeh, makan nasik himpit dan serunding daging dan sambal ikan bilis *nikmatnya*

Terjumpa plak mamat melayu singaporean. Tegur dan borak2 jap.Dia datang untuk pi seminar kat Swiss tu. Jadik, dah terlanjur ke swiss, dia tambah cuti utk ronda-ronda. Dia siap ajar lagi kami untuk hiking ke jungfrojoch tu. Boleh melalui sungai dan pemandangan yang cantik. Kami dengar saja. Hahah! Maybe next time, bila datang ke sini lagi bolehlah hiking plak ke atas gunung tu. Buat masa sekarang ni, naik train is the best.! Keh keh keh

1 Comment:

  1. Lady of Leisure said...
    next time, ada rezeki ke sana lagi, harus ku naik gunung cam nenek..

Post a Comment



 
>