20hb Mei (Rabu)
Flait balik ke London jam 935am. Sampai London jam 9.40 am( waktu London). Sampai epot, naik bas dan tube ke rumah penginapan untuk amik beg. Makan dulu kat zams chicken (set ayam goreng 1.99 pound)
Kemas2 barang. dalam kol 12pm, taxi sampai untuk bawak kami ke bayswater. Tumpang letak beg kat sana plak (ada kenal somebody kat sana). Lepas kemas2 barang yang perlu di bawa ke Zurich. kami lepak2 jap. sempatlah soping kejap di area bayswater tu. Pi singgah intenet jap. 1 jam 1 pound.
Memandangkan kami akan naik flait jam 7.15am ke Zurich, maka kami sepakat untuk tido di Luton Airport. Dah bajet sure sejuk kat epot tu, maka kami dah standby siap2 selimut dan jaket tebal dan sarung tangan.
Lebih kurang jam 9.30 am, setelah menumpang beg besar di Malaysian Hall (ada kenal sambadi kat sana), maka kami menaiki tube menuju ke baker street. Kuar dari stesen bakers street tu, kami belok ke kanan. Dan jalan around 5-8 minit ke stesen bas. Boleh naik bas dari situ untuk terus direct ke Luton Airport. Naik bas dalam 13 pound sorang.
Tunggu agak lama bas kat bakers street tu. Siap meragui kebenaran mamat yang menunjukkan jalan ke situ (kami jumpa mamat ni di Malaysian Hall – waktu makan2 dan terborak dengan dia. Dia tunjukkan jalan, siap lukis map atas tisu). Tanya dengan orang yang tengah minum depan restoran situ pon, dorang tak sure. Kami tunggu lagi dan lagi. Sampailah akhirnya bas berwarna hijau tu pon sampai. Dan kami pon naik.
Wow. Dah tido bangun, tido bangun. Tak sampai2 gak Luton Airport tu. Ada dekat sejam gak perjalanan. Lebih kurang jam 12 malam tu, kami sampai kat Luton Airport. Terus cari port untuk tido. Port2 best semua telah dichop oleh orang lain. Akhirnya kami jumpa gak port yang best. Agak terselindung dan dekat dengan toilet (ini yang lebih penting, senang nak buat mcm umah sendiri. Hehehe)
Luton airport ni punyalah sejuk ya amat. Kami tido beralaskan baju hujan dan berselimut tebal2 pon tak boleh gak melawan sejuk. Tapi dalam tak tahan sejuk tu boleh gak layan mata dua tiga jam. Hehe. Sempat gak berinternet. Kenalah bayar 1 pound untuk 15 minit.
Dalam pukul 4 tu luton airport dah riuh rendah dah. Ramai yang dah mula datang. Nak check in. Kami pon siap2 semayang subuh dan berkemaslah barang2. Ronda2 sekitar situ.
19hb mei (selasa)
Pagi2 keluar pergi ke schipol airport. Dah beli siap2 combi tiket (20 euro) ke Keukenhof (ladang tulip). Cari2 bas tak jumpa. Tanya orang, ada yang kata belah kanan. ada kata beli kiri. Last2 tanya kat satu drebar bas ni, tunggu dekat tpt kitorang berdiri tu pon. Cuma bas start datang jam 9am. Kitorang kat situ jam 8am. ;-)
Jam 9.00am bas pon sampai. Naik bas dalam lebih kurang 40 minit untuk ke keukenhof. Oleh kerana pergi dah hujung2 nyawa ni, bunga tulip seme dah kena tebang. Yang tinggal adalah pokok2 hijau je. Haha!
Kami sampai kat keukenhof. Masuk posing2. Adalah gak serpihan tulip2 yang ada tu. Bolehlah takat nak posing tu. Haha. Sempatlah piknik dengan ketupat segera, serunding daging dan sambal ikan bilis kami.
Oh! sangat nikmat! haha.
Keluar dari keukenhof jam 12pm. Tunggu bas ke Leidin station. Sebab janji dengan member kat isut untuk pegi ke madurodam (the hague, tempat monumen2 kecik tu). Dalam jam 1pm, member sampai dan bagitau kat madurodam tu hujan lebat. so no point la ke sana.
So dia bagi cadangan untuk ke Zaans Schanse.Kami ke amsterdam central. Naik bas dari sana menuju ke zaans schanse. Oleh kerana kami tersalah berhenti station, so kami ikot jalan belakang untuk jalan2 kat sana. Zaans Schanse ni mcm perkampungan Belanda la khas untuk pelancongan. So cool okey kat sini.
Kami siap golek2 dan lepak2 sambil menikmati minum petang kat sana. Oohhh! sukanya di sini. Rasa tidak mahu balik. Ada kincir angin, ada cheese besar2, ada teropah kayu. Boleh berbasikal atau jalan kaki atau naik bot.
Jam 6pm tu bertolak ke amsterdam central. Jalan2 area situ. Makan kentang goreng yang sedap (nama kedai dia verse vlaamse frites). Makan kfc yang halal. Posing2 kat bandar amsterdam. Sempatlah lalu jap kat red light district. Nyum nyum nyum (hahahah!)
Minum malam dan sampai hotel lebih kurang jam 11pm. Tido
Labels: amsterdam
Cara nak ke Madurodam dari Amsterdam senang. Route dia - Amsterdam Centraal --> Den Haag HS --> Madurodam
Dari Amsterdam Centraal:
- naik train ke Den Haag Holland Spoor (HS)
Dari Den Haag HS:
- naik tram # 9 (menghala ke Schevening). Berhenti kt Madurodam.
* biasanya dari Amsterdam ke Den Haag HS(@ The Hague) dlm 40-50 mins.
tram tu dalam 20 mins ++
Labels: amsterdam
Kitorang dah beli tiket flight dari London - Amsterdam pada 18 Mei till 20 Mei.
Hotel ini mungkin ok di amsterdam
http://www.hostelworld.com/availability.php/LuckyLakeHostel-Amsterdam-6181
Labels: amsterdam