Kitorang dah beli tiket flight dari London - Amsterdam pada 18 Mei till 20 Mei.
Hotel ini mungkin ok di amsterdam
http://www.hostelworld.com/availability.php/LuckyLakeHostel-Amsterdam-6181
Labels: amsterdam
1 Comment:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
Keizersgracht satu daripada empat terusan bukti perancangan bandar Amsterdam yang tersusun.
Amsterdam destinasi tepat kepada pelancong yang mahukan percutian bajet
JIKA anda menyukai sesuatu yang romantis tapi pada masa sama mahukan cabaran, Amsterdam tentunya destinasi pilihan tepat untuk anda menghabiskan sisa cuti bersama teman atau keluarga.
Di sini, peluang untuk bersiar-siar menyoroti isi muzium seni sentiasa terbuka atau menikmati suasana tenang sambil menghirup secangkir kopi di kafe yang memenuhi sisi jalan pastinya akan terakam sebagai kenangan terindah.
Atau paling tidak, gunakan peluang menyusuri terusan menggunakan bot kecil sambil menikmati keindahan seni bina abad ke-17, bangunan moden juga keindahan seni arkitektur Belanda penuh nilai sejarah.
Tapi awas, terutama kepada mereka yang belum pernah bertandang ke kota Amsterdam, berhati-hati ketika berada di jalanan kerana jalan di sana sesak dengan penunggang basikal yang tidak peduli pada undang-undang jalan raya.
Begitu juga dengan penunggang motosikalnya yang tidak menghiraukan orang sekeliling malah berani menggunakan telefon bimbit ketika menunggang kenderaan itu. Topi keledar, jauh sekali.
Kunjungi Madame Tussauds untuk melihat patung lilin selebriti terkenal.
Jika anda berpeluang ke Amsterdam atau mengimpikan untuk datang ke sini, usah gusar kerana ia destinasi tepat untuk anda yang mahukan percutian bajet atau secara backpackers.
Selain mempunyai banyak pilihan hostel dan hotel murah, sistem pengangkutan di Amsterdam juga mesra pelancong. Bagi memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, beli tiket pengangkutan awam dipanggil strippenkaart.
Di sana juga ada sistem tram yang mudah untuk pelancong tapi awasi barangan berharga milik anda kerana ramai penyeluk saku sentiasa memerhati langkah pelancong yang kelihatan teragak-agak.
Ketahui juga bahawasanya di sana undang-undang jual beli dadah dan alkohol tidak sama dengan negara lain. Di kebanyakan kedai, dadah boleh dijual di dalam kuantiti yang kecil asalkan ia tidak diiklankan atau dijual kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun.
Dam Square bukti asal Amsterdam daripada empangan.
Melengkapkan lagi kunjungan anda ke sini tentu saja melawat ke Damrak, lokasi antara Sentral Stesen dan Dam Square. Dam Square juga lokasi permulaan terbaik untuk anda memulakan pengembaraan di bumi Amsterdam.
Berhampiran Stesen Sentral apabila anda menyeberang ke Oosterdok, terdapat arca arkitektur yang wajar dikagumi terutama rekaan piano Renzo khusus untuk Muzium Sains Nemo. Singgah ke Muzium Stedelijk untuk menyertai pameran seni terbaru oleh artis terkenal tempatan.
Mahu mencari pakaian, cenderahati dan barangan kenangan yang ingin di bawa pulang? Tentu saja semuanya boleh dibeli di Pasar Waterlooplein, antara pasar terbesar yang sentiasa dikunjungi warga tempatan atau pelancong luar.
Jika mempunyai masa terluang, Daerah Lampu Merah (Red Light District) terletak di kawasan gelap Amsterdam tentunya menjanjikan kelainan kerana kawasan itu terkenal sebagai kawasan pelacuran di Amsterdam.
Singgah juga ke Pusat Informasi Pelacur, di mana anda akan dihidangkan segelas minuman percuma dan berpeluang berkongsi cerita dengan bekas pelacur mengenai Red Light District yang suatu ketika dulu dikenali sebagai jalan paling berbahaya di Amsterdam.
INFO
Amsterdam
Amsterdam masih mengekalkan reka bentuk seni bina tradisional bangunan lama terutama pada abad ke-17.
Kedudukan datarannya lebih rendah dari paras air, setiap blok bangunan di negara ini ada terusan dan bot digunakan sebagai pengangkutan untuk membawa pelancong mengelilingi bandar.
Bayaran untuk bot pelancong ‘Canal cruise’ adalah 12 euro (RM60) iaitu untuk lebih sejam perjalanan.
Ramai gunakan basikal untuk pergi ke tempat kerja dan ada lot tempat letak basikal bertingkat di tepi terusan.
Pengangkutan tram boleh didapati di mana-mana saja kawasan yang menjadi tumpuan.
Amsterdam Central Station iaitu pusat pengangkutan awam seperti KL Sentral.
Damrak Square, tempat membeli barangan cenderamata dan makanan.
Marijuana dihalalkan, malah benih marijuana dalam tin dijual kepada umum untuk ditanam sendiri.
Kegiatan pelacuran dihalalkan sejak Oktober 2000.
Ada lebih 900 kincir angin, tetapi hanya sebahagian masih berfungsi.
Volendum, perkampungan nelayan yang juga pelabuhan di Amsterdam.