amsterdam

19hb mei (selasa)

Pagi2 keluar pergi ke schipol airport. Dah beli siap2 combi tiket (20 euro) ke Keukenhof (ladang tulip). Cari2 bas tak jumpa. Tanya orang, ada yang kata belah kanan. ada kata beli kiri. Last2 tanya kat satu drebar bas ni, tunggu dekat tpt kitorang berdiri tu pon. Cuma bas start datang jam 9am. Kitorang kat situ jam 8am. ;-)

Jam 9.00am bas pon sampai. Naik bas dalam lebih kurang 40 minit untuk ke keukenhof. Oleh kerana pergi dah hujung2 nyawa ni, bunga tulip seme dah kena tebang. Yang tinggal adalah pokok2 hijau je. Haha!

Kami sampai kat keukenhof. Masuk posing2. Adalah gak serpihan tulip2 yang ada tu. Bolehlah takat nak posing tu. Haha. Sempatlah piknik dengan ketupat segera, serunding daging dan sambal ikan bilis kami.













































Oh! sangat nikmat! haha.

Keluar dari keukenhof jam 12pm. Tunggu bas ke Leidin station. Sebab janji dengan member kat isut untuk pegi ke madurodam (the hague, tempat monumen2 kecik tu). Dalam jam 1pm, member sampai dan bagitau kat madurodam tu hujan lebat. so no point la ke sana.

So dia bagi cadangan untuk ke Zaans Schanse.Kami ke amsterdam central. Naik bas dari sana menuju ke zaans schanse. Oleh kerana kami tersalah berhenti station, so kami ikot jalan belakang untuk jalan2 kat sana. Zaans Schanse ni mcm perkampungan Belanda la khas untuk pelancongan. So cool okey kat sini.

Kami siap golek2 dan lepak2 sambil menikmati minum petang kat sana. Oohhh! sukanya di sini. Rasa tidak mahu balik. Ada kincir angin, ada cheese besar2, ada teropah kayu. Boleh berbasikal atau jalan kaki atau naik bot.

Jam 6pm tu bertolak ke amsterdam central. Jalan2 area situ. Makan kentang goreng yang sedap (nama kedai dia verse vlaamse frites). Makan kfc yang halal. Posing2 kat bandar amsterdam. Sempatlah lalu jap kat red light district. Nyum nyum nyum (hahahah!)

Minum malam dan sampai hotel lebih kurang jam 11pm. Tido

0 Comments:

Post a Comment



 
>