london - amsterdam

18hb mei (isnin)

Kami bertolak ke amsterdam jam 345pm. Naik ke epot stansted. Kami tumpang beg besar di tempat penginapan. Dan mintak tolong owner rumah tu panggilkan teksi. Dari Willesdeen tu ke epot stansted naik taxi dalam around 39pound saja. Kira save gaklah daripada naik train or bus.

Sampai kat epot, pi check in. Imigresen semuanya ok. Cuma kena selongkar beg tu perkara biasalah kot. Hehe. Dalam beg kitorang ada ketupat segera yang telah direbus, serunding daging dan sambal ikan bilis.

Pakcik imigresen tanya apa kebenda tu? Kitorang explen. Dan dia excited. Dan nak datang Mesia sebab ada macam2 makanan. Keh keh keh.

naik easyjet ke amsterdam. Sana sana Jam 550pm (waktu amsterdam). Awal sejam dari waktu London. Tunggu member kat schipol airport. beli tiket ke amsterdam central. naik train. sampai kat amsterdam central tu, cari Aivengo Youth Hostel. map terlupa nak print. ;-) so merata gak cari hostel ni. Sekali tu rupanya dorang tengah renovate entrancelah. tu yang tak nampak kayu2 depan hostel tu.

Hostel ni kira okey. Kitorang amik bilik 10 orang sebilik. Bilik bersih gak.Toilet pon ok. Susahnya adalah bilik kitorang atas sekali. Tingkat 5. Takde lift. Tangga plak berpusing2. mabuk okey!

lepas letak barang, keluar jalan2 sekitar situ. Makan. Ada je kedai pakistan or arab yang jual nasi. So makan2 kat situ. Balik tu singgah kat area lorong orang jual sebinier. Okey okey saja.

Balik hostel, tido

0 Comments:

Post a Comment



 
>