23 May 2009 (sabtu)
Bangun pagi. Ronda-ronda sekitar tasik. Posing2. Ada plak yang mandi kat tasik tu. Dibuatnya macam pantai.Yelah kan, swiss tadak pantai kan?
Check out hotel. Dan gerak ke Lucerne city naik bas. Turun naik bas ikut suka hati. Tapi apesal semua orang tua je kat bandar lucerne ni ek?
Akhirnya turun kat city. Nampak ada macam pasar tani. So kitorang pon ronda-ronda. Oh ya, kena hati-hati dengan kiri kanan, depan belakang.Terlalu banyak orang yang bawak anjing bersiar-siar. Duh!
Sempatlah beli bahan2 utk di masak di wassen nanti. Straberi besar2 gila kat pasar tani. Nyum nyum!
Beli fish burger dan beredar naik train menuju ke wassen. Adalah dekat 1 lebeh naik train dan bas untuk menuju ke perkampungan wassen ni. Masa turun kat station enfield tu, adalah pakcik ni baik hati tolong kami naik bas ke wassen. Siap pesan dengan drebar bas untuk turunkan kami di wassen. Oh! Baiknya hati kamu wahai pakcik. ;-)
Sampai di wassen, check in hotel backpacker yang kecik katanya di antara rangkaian hotel yang ada. Yelah ada 12 katil je pon kat situ. Kami booking bilik utk 4 orang, tapi dorang bagi bilik utk 6 orang. Hehe. Best.
Hotel tu comel je. Kami letak barang dan pi mini market. Ada notis kata mini market tu tutup awal.Jam 6.30 kalo tak silap. Kami menjerit apabila ternampak beras di sana! Yey! Perot dah lapar gila. Masak nasik, goreng kentang berlada, sayur kobis dan telur dadar. Sebab dah terlampau lapar, tak sempat nak amik gambar. Hahah
Lepas dah kenyang tu, releks2. Petang2 sket keluar ronda2 sekitar situ. Sempat amik gambar sekejap je.Pehtu hujan turun. Kami berlari ke hotel.
Kemudian apa lagi. Tido. Haha!
Bila hujan dah redah sket, masing2 mcm malas nak keluar. Nak jalan naik bas, takot takde bas balik sebab perkhidmatan abis awal. Last2 sambung tido dan tido.
Labels: switzerland