Ini amik dari forum jugak. untuk peringatan
i. Pi uk sebagai visitor tak payah visa.. Tapi normally kena ada prove yg kita ni ada cukup duit utk tanggung diri kita and ada tempat tinggal. Biasanya rakyat msia ni yg mana datang..tak prepare all the documentations dgn betul.. sebab tu ada yg kena htr balik le.. tak lepas kat immigration le..
ii. Duit belanja RM6000 - tu cukup la.. kalau boleh, bawak bank statements, alamat surat-menyurat kat msia, employer nye letter untuk tunjukkan yg kita ada intention nak balik semula ke msia selepas kita melawat negara diorang ni.. Biar terlebih documentations, jgn terkurang... At least pegawai imigresen tu tak ada alasan utk tolak permohonan kita nak masuk. Sebab bykes yg datang ke UK (or negara lain) pastu terus hilang or stay terus tak nak keluar-keluar. Sebab tu mereka ni skg agak strict.
iii. Alamat di UK - the best way, book hotel terus dari Msia, bawak confirmation letter/email dari hotel tersebut. Kalau sapa-sapa yg nak datang dok dgn kengkawan or saudara mara, suruh diorang tulis surat sokongan, bagi alamat penuh mereka and contact telefon. Ada satu kes yg terjadi, sorang budak ni nak dtg jumpa makcik dia kat London. So immigration officer tu tanya la, "what's your auntie's name and where does she lives?" Si mamat tu cakap dia tak tau nama penuh auntie dia tu, sebab selalu panggil "mak uda" je.. alamat semua tak de.. Terus kena hantar balik on the spot!
So berjaga-jaga and beringat sebelum kena. Be over-prepared!!
iv. Beg perlu dilabelkan. Pakai tag label. Tulis nama, alamat/contact number. Syarat untuk beg naik Eurostar ke Paris. Bagus juga label, mana tau ada bag sama pulak naik flight nanti.