14hb Mei (khamis)
Dalam jam 4 pagi, kuar hotel dan ronda-ronda. Masa ni dah mula cerah dah. Kol 6 bfast (disediakan oleh pihak hotel). Syukur sebab staf yang jaga taim tu muslim. So dia sediakan yang halal food saja.
Lepas bfast, gerak ke st pancras untuk naik eurostar ke Paris jam 7.30am.
Lebih kurang jam 10.30am sampai kat Gare Du Nord, Paris. Beli 2 days pass. Boleh naik metro dan bus suka-suka hati. Nak keluar dari station tu pon amik masa dekat stgh jam. Sebab tanya dengan orang, takde sapa yang boleh tolong. Uhuks. Last2 setelah abis pusing semua tempat, jumpa gak manusia yang boleh cakap english. Rupanya Sortie tu adalah exit. Hehe.
Metro station kat paris ni punyalah panjang2. Ponat kaki untuk bertemu jalan keluar atau tempat nak tukar-tukar tren. Tempat pertama yang dituju adalah arch de triump. Pehtu pi ke LV store. Konon nak bergambar depan beg besar, tapi malang sungguh, beg sudah tidak ada. Bergambar je la depan kedai
yang ada macam2 beg. Hehe.
Lepas tu pi check in hotel kat area Republic. Dok kat Absolute Hotel. Lepak2 jap. Pehtu kuar hotel. Dan pi ronda2 effiel tower. Posing2. Nampak bas hop on hop off. Tanya2 20 euro selama 2 hari. Berhenti kat tpt2 menarik. Okeylah tu. Kitorang nak bayar, tapi dia kata naik dulu. So kitorang pon naiklah. Tak lama lepas tu dorang soh turun, tukar bas. So kitorang pon tukarlah bas.
Ronda2 jalan paris dengan bas hoho (singkatan bas hop on hop off) sangatlah best. Walaupun masa tu hujan renyai2 tapi redah jelah. Kitorang turun kat Notre Dame. Orang bas takde plak mintak soh bayar ke apa. So kitorang pon blah dari situ dengan selambanya. Haha! Best dapat naik bas free.
Jalan2 kat notre damne, soping2 sikit. Kemudian jalan kaki ke musee du louvre. Taim ni masing2 mcm dah pancit dah. Dengan kaki yang melecet la, kaki terseliuh la. Sampai kitorang berhenti dan lepak di tepi jalan. orang ramai pon dok perati je. ekkeke...
Dah habis posing kat musee du louvre tu, kitorang naik bas balik ke hotel. Singgah makan kat kedai pakistan ke arab gitulah. Punyalah banyak makanan dia. Boleh kongsi dua orang.
sampai hotel tido dan relaks.