swiss

21 May 2009
Kami check in dalam jam 5 lebeh. Pehtu terus masuk balai berlepas.Alhamdulillah, sepanjang melalui imigresen di London ni semuanya berjalan dengan lancar. Kena selongkar beg tu perkara biasalah. ;-)

Jam 10.15am (waktu swiss) kami sampai di Zurich Airport. Kami tukar duit swiss. Keluar dari airport tu, ikot jalan ke bangunan terminal. Dah sampai situ, tiba-tiba lost. Tak tahu mcm mana nak start. Konon nak cari beli pass kat terminal tu tapi tak jumpa plak. Tanya dengan information counter, dia pun tak berapa nak faham agaknya apa yang kami nak. Dia bagitau dia pun ada jual pass gak. Tapi untuk 2 hari saja. Setelah menjelaskan tujuan kitorang, maka akhirnya dia suruh pegi ke kaunter tingkat bawah. Ada lagi kaunter jual tiket. Maka kami pun turun ke bawah dan setelah berpusing2, terjumpa la kaunter utk beli swiss pass tu.

Beli beli swiss pass tu, tetiba kami lost (again?). Plan mcm nak meronda bandar zurich dulu sebelom bertolak ke Lauterbrunnen. Tapi dok pusing2, tanya orang. Tapi tak bertemu jawapan. Masa tu perot dah lapar. Dari pagi tak berisi. Kami punya bekalan (ketupat segera yang belum direbus, serunding daging, sambal ikan bilis dan megi) belum boleh dimakan lagi.

Kami nampak food court berdekatan situ. Tawakal je la. Beli fish burger kat mekdonel. Dua orang lagi member beli fish and chip. Sempatlah tanya awek kaunter mekdonel tu macam mana nak ke central Zurich. Dia kata naik train dan pi ke Zurich HB. Ohoo...!

Sambil makan tu jam pon dah dekat jam 12pm. So kami decide terus ke Lauterbrunnen. Dah la tak mandi2 lagi dari malam tadi. Hehe. So, kami pun tanya kaunter swiss pass tu jam berapa train ke lauterbrunnen. Dan dorang dengan baik hati printkan kami jadual perjalanan. Bertolak jam 12.30pm dan akan sampai jam 2 lebeh.















































Naik train, turun kat bern. Tukar train. Pergi ke Interlaken. Kat interlaken tukar train ke lauterbrunnen. Perjalanan kami selama 2 jam tu sangatlah cantik dan menarik. Nak tido pun rasa mcm satu kerugian. Kehijauan sungguh! Dalam lebeh kurang jam 3 gitu kami sampai di lauterbrunnen station. Kami stay di Valley Hostel. Dekat sangat pun dengan train station. Kami check in bilik untuk 4 orang. Dah booking siap2 before kami bertolak haritu.

Valley hostel ni amatlah bersih. Kena buka kasut di kaunter check in dan diberi selipar putih mcm kat hotel2 tu. Bilik pun bersih. Dapur pun bersih. Dan lagi best, pemandangan di balkoni bilik kami tu, pergunungan dan rumah2 yang cantik. Boleh tengok lagi train naik ke Jungfrojoch. Wuhuuu!















































Kerana lapar sangat, kami masak megi dulu untuk mengalas perot. Mandi-mandi dan bersiap untuk ronda-ronda. Konon-konon nak meronda ke Murren. Tapi apesal tak macam tak terjumpa plak bus or train nak ke sana. Nak tanya orang mcm malas.

Dengan swiss pass yang ada, kami naik train menuju ke Kleine Scheidegg. Tapi sampai kat Wengen tu, train berhenti. So kami pun turunlah. Ingatkan dia berhenti lama rupanya kejap je. So tengah syok bergambar tu, train pun berjalan meninggalkan kami. Uhuhu..

Kami tunggu train untuk naik ke atas lagi tapi macam takde. Jadi kami tunggu train turun ke bawah balik sebab tengok dalam jadual mcm dah takde train naik lagi. Waktu tu dah around 5pm ke 6pm gitulah. So kami teruskan berposing2 di situ sampai bosan. Hahah!

Tak lama lepas tu. Train pon sampai. Kami pun naik dan turun balik ke Lauterbrunnen. Sampai di hostel, kami pun mulakan operasi merebus nasik himpit. Dalam jam 9 lebeh, makan nasik himpit dan serunding daging dan sambal ikan bilis *nikmatnya*

Terjumpa plak mamat melayu singaporean. Tegur dan borak2 jap.Dia datang untuk pi seminar kat Swiss tu. Jadik, dah terlanjur ke swiss, dia tambah cuti utk ronda-ronda. Dia siap ajar lagi kami untuk hiking ke jungfrojoch tu. Boleh melalui sungai dan pemandangan yang cantik. Kami dengar saja. Hahah! Maybe next time, bila datang ke sini lagi bolehlah hiking plak ke atas gunung tu. Buat masa sekarang ni, naik train is the best.! Keh keh keh

20hb Mei (Rabu)

Flait balik ke London jam 935am. Sampai London jam 9.40 am( waktu London). Sampai epot, naik bas dan tube ke rumah penginapan untuk amik beg. Makan dulu kat zams chicken (set ayam goreng 1.99 pound)















































Kemas2 barang. dalam kol 12pm, taxi sampai untuk bawak kami ke bayswater. Tumpang letak beg kat sana plak (ada kenal somebody kat sana). Lepas kemas2 barang yang perlu di bawa ke Zurich. kami lepak2 jap. sempatlah soping kejap di area bayswater tu. Pi singgah intenet jap. 1 jam 1 pound.

Memandangkan kami akan naik flait jam 7.15am ke Zurich, maka kami sepakat untuk tido di Luton Airport. Dah bajet sure sejuk kat epot tu, maka kami dah standby siap2 selimut dan jaket tebal dan sarung tangan.

Lebih kurang jam 9.30 am, setelah menumpang beg besar di Malaysian Hall (ada kenal sambadi kat sana), maka kami menaiki tube menuju ke baker street. Kuar dari stesen bakers street tu, kami belok ke kanan. Dan jalan around 5-8 minit ke stesen bas. Boleh naik bas dari situ untuk terus direct ke Luton Airport. Naik bas dalam 13 pound sorang.

Tunggu agak lama bas kat bakers street tu. Siap meragui kebenaran mamat yang menunjukkan jalan ke situ (kami jumpa mamat ni di Malaysian Hall – waktu makan2 dan terborak dengan dia. Dia tunjukkan jalan, siap lukis map atas tisu). Tanya dengan orang yang tengah minum depan restoran situ pon, dorang tak sure. Kami tunggu lagi dan lagi. Sampailah akhirnya bas berwarna hijau tu pon sampai. Dan kami pon naik.

Wow. Dah tido bangun, tido bangun. Tak sampai2 gak Luton Airport tu. Ada dekat sejam gak perjalanan. Lebih kurang jam 12 malam tu, kami sampai kat Luton Airport. Terus cari port untuk tido. Port2 best semua telah dichop oleh orang lain. Akhirnya kami jumpa gak port yang best. Agak terselindung dan dekat dengan toilet (ini yang lebih penting, senang nak buat mcm umah sendiri. Hehehe)

Luton airport ni punyalah sejuk ya amat. Kami tido beralaskan baju hujan dan berselimut tebal2 pon tak boleh gak melawan sejuk. Tapi dalam tak tahan sejuk tu boleh gak layan mata dua tiga jam. Hehe. Sempat gak berinternet. Kenalah bayar 1 pound untuk 15 minit.

Dalam pukul 4 tu luton airport dah riuh rendah dah. Ramai yang dah mula datang. Nak check in. Kami pon siap2 semayang subuh dan berkemaslah barang2. Ronda2 sekitar situ.

amsterdam

19hb mei (selasa)

Pagi2 keluar pergi ke schipol airport. Dah beli siap2 combi tiket (20 euro) ke Keukenhof (ladang tulip). Cari2 bas tak jumpa. Tanya orang, ada yang kata belah kanan. ada kata beli kiri. Last2 tanya kat satu drebar bas ni, tunggu dekat tpt kitorang berdiri tu pon. Cuma bas start datang jam 9am. Kitorang kat situ jam 8am. ;-)

Jam 9.00am bas pon sampai. Naik bas dalam lebih kurang 40 minit untuk ke keukenhof. Oleh kerana pergi dah hujung2 nyawa ni, bunga tulip seme dah kena tebang. Yang tinggal adalah pokok2 hijau je. Haha!

Kami sampai kat keukenhof. Masuk posing2. Adalah gak serpihan tulip2 yang ada tu. Bolehlah takat nak posing tu. Haha. Sempatlah piknik dengan ketupat segera, serunding daging dan sambal ikan bilis kami.













































Oh! sangat nikmat! haha.

Keluar dari keukenhof jam 12pm. Tunggu bas ke Leidin station. Sebab janji dengan member kat isut untuk pegi ke madurodam (the hague, tempat monumen2 kecik tu). Dalam jam 1pm, member sampai dan bagitau kat madurodam tu hujan lebat. so no point la ke sana.

So dia bagi cadangan untuk ke Zaans Schanse.Kami ke amsterdam central. Naik bas dari sana menuju ke zaans schanse. Oleh kerana kami tersalah berhenti station, so kami ikot jalan belakang untuk jalan2 kat sana. Zaans Schanse ni mcm perkampungan Belanda la khas untuk pelancongan. So cool okey kat sini.

Kami siap golek2 dan lepak2 sambil menikmati minum petang kat sana. Oohhh! sukanya di sini. Rasa tidak mahu balik. Ada kincir angin, ada cheese besar2, ada teropah kayu. Boleh berbasikal atau jalan kaki atau naik bot.

Jam 6pm tu bertolak ke amsterdam central. Jalan2 area situ. Makan kentang goreng yang sedap (nama kedai dia verse vlaamse frites). Makan kfc yang halal. Posing2 kat bandar amsterdam. Sempatlah lalu jap kat red light district. Nyum nyum nyum (hahahah!)

Minum malam dan sampai hotel lebih kurang jam 11pm. Tido

18hb mei (isnin)

Kami bertolak ke amsterdam jam 345pm. Naik ke epot stansted. Kami tumpang beg besar di tempat penginapan. Dan mintak tolong owner rumah tu panggilkan teksi. Dari Willesdeen tu ke epot stansted naik taxi dalam around 39pound saja. Kira save gaklah daripada naik train or bus.

Sampai kat epot, pi check in. Imigresen semuanya ok. Cuma kena selongkar beg tu perkara biasalah kot. Hehe. Dalam beg kitorang ada ketupat segera yang telah direbus, serunding daging dan sambal ikan bilis.

Pakcik imigresen tanya apa kebenda tu? Kitorang explen. Dan dia excited. Dan nak datang Mesia sebab ada macam2 makanan. Keh keh keh.

naik easyjet ke amsterdam. Sana sana Jam 550pm (waktu amsterdam). Awal sejam dari waktu London. Tunggu member kat schipol airport. beli tiket ke amsterdam central. naik train. sampai kat amsterdam central tu, cari Aivengo Youth Hostel. map terlupa nak print. ;-) so merata gak cari hostel ni. Sekali tu rupanya dorang tengah renovate entrancelah. tu yang tak nampak kayu2 depan hostel tu.

Hostel ni kira okey. Kitorang amik bilik 10 orang sebilik. Bilik bersih gak.Toilet pon ok. Susahnya adalah bilik kitorang atas sekali. Tingkat 5. Takde lift. Tangga plak berpusing2. mabuk okey!

lepas letak barang, keluar jalan2 sekitar situ. Makan. Ada je kedai pakistan or arab yang jual nasi. So makan2 kat situ. Balik tu singgah kat area lorong orang jual sebinier. Okey okey saja.

Balik hostel, tido

london

17hb Mei (Ahad)

before nak tido tu, kami check dan mula packing sket2 barang. Sambil rebus ketupat segera untuk di bawak ke amsterdam. Tengah sebok packing barang tu, sempatlah check balik tiket2 semua.

Tetiba gempar! Rupanya kami balik dari Zurich tu bertolak jam 9 malam. Bukannya 715am! Entah mana dapat waktu tu pon tak surelah. dalam ittenary kitorang pun, memang letak waktu 715am. Kitorang dah siap2 booking tiket bas ke liverpool lagi balik dari Zurich tu.

Try tukar waktu tiket zurich tu, tapi tiket dah mahal. Nak beli baru terpaksa berganda2. Damn! So pejam mata dalam terpaksa untuk buang tiket bas ke liverpool (uhuk! Sorry to my friend atas kesilapan yang berlaku).

So malam tu tido dalam keadaan yang tidak berapa enak. ;-(

London

17hb Mei (ahad)
Bangun pagi. Sarapan. Borak2 dengan geng2 lain.

Tube tak function plak. So kena naik bas. Berhenti kat green park corner. Naik tube. 2 orang ahli pi letak beg kat st pancras.

Ronda2 ke petticoat lane market. Harga2 dia boleh tahan gak murahnya. Boleh dapat key chain or fridge magnet dalam 1 pound setiap satu. Baju 5 helai 10 pound. Jaket2 pon murah. Ada geng yang sambal jaket 2-3 helai.

Ronda2 naik bas hoho tu lagi (masih ada sejam lagi untuk menghabiskannya). naik bas tu turun kat bayswater. Makan di Malaysian Hall. Pehtu soping sebinier. kat sini boleh dapat 13 fridge magnet 10 pound. Macam2 sket pilihan yang ada kat sini.

2 orang ahli akan bertolak balik Malaysia malam ini. So kitorang berpisah. Dorang blah ke st pancras (utk packing2 barang), kami yang lain lepak2 di hyde park. Golek2. Sekali hujan daa... so kitorang balik

rumah. Dan tido.

London

16hb Mei (Sabtu)

Bangun pagi. Sarapan. Sempatlah kenal dengan geng lain yang menyewa sama kat rumah tu.

Semuanya cool-cool belaka. ;-)

Naik bas sebab lagi best, dapat tengok pemandangan. Berhenti kat Green park. Posing2. Pehtu lepak2 kat Hyde Park. Pehtu jalan kaki ke Buckingham Palace. Nak tengok changing guard jam 1130am.

Datang awal, boleh book kat tpt yang best. Mcm kitorang haritu, separuh dapat kat tpt cun. separuh lagi tak. ;-(

Habis changing guard, jalan kaki ke hard rock cafe London. Ternampaklah bas hop on hop off (big buss). 25 pound utk tempoh 24 jam. Berhenti kat tpt2 pelancongan.

Berhenti kat harrods. Masuk kejap. Ronda2. Makcik toilet garang ok. Tak boleh air terpercik kat lantai. (bluweekk!)

Ronda2 lagi. Lalu la kat trafalgar square, Big ben, london eye. Tapi kitorang turun kat Tower Bridge.

Posing2. Lalu Madame tusaud (lalu je la, tak masuk pon), Marble Arch.

Naik bas, turun kat area bayswater. Makan di Malaysian Hall. Pehtu ronda lagi naik bas hoho. Kemudian pergi ke stadium Arsenal. Semua dah keletihan. Balik rumah.

Paris to London

15hb Mei (Jumaat)

Bangun pagi2 dan ronda sekitar hotel. Kemudian bfast (disediakan otel). Pehtu gerak naik bas cari Hard Rock Cafe. Jam 9am baru dia bukak. Lepak2 jap. Pehtu ondway balik ke hotel tu, ternampak opera national. Berhenti kejap. Posing2 amik gambar. Balik hotel dan check out.

Naik eurostar jam 12pm dari Gare du Nord ke London. Sampai tu teruslah naik tube dan pegi ke rumah penginapan di area Willesden (turun kat Dollis hill)

Sampai kat penginapan, masing2 kepenatan. So, gua dan 2 org lagi kawan pi kedai dekat2 situ. Soping barang2 dapor untuk dimasak. Ayam sekor, beras 2 kilo, buah2an, air minuman, telur 10 biji, cili, kobis (semuanya around 15 pound sahaja).

Balik rumah, masak2 dan makan. Konon nak kuar la kejap. Tapi semua dok membuta. Keh keh keh.

London to Paris

14hb Mei (khamis)

Dalam jam 4 pagi, kuar hotel dan ronda-ronda. Masa ni dah mula cerah dah. Kol 6 bfast (disediakan oleh pihak hotel). Syukur sebab staf yang jaga taim tu muslim. So dia sediakan yang halal food saja.

Lepas bfast, gerak ke st pancras untuk naik eurostar ke Paris jam 7.30am.

Lebih kurang jam 10.30am sampai kat Gare Du Nord, Paris. Beli 2 days pass. Boleh naik metro dan bus suka-suka hati. Nak keluar dari station tu pon amik masa dekat stgh jam. Sebab tanya dengan orang, takde sapa yang boleh tolong. Uhuks. Last2 setelah abis pusing semua tempat, jumpa gak manusia yang boleh cakap english. Rupanya Sortie tu adalah exit. Hehe.

Metro station kat paris ni punyalah panjang2. Ponat kaki untuk bertemu jalan keluar atau tempat nak tukar-tukar tren. Tempat pertama yang dituju adalah arch de triump. Pehtu pi ke LV store. Konon nak bergambar depan beg besar, tapi malang sungguh, beg sudah tidak ada. Bergambar je la depan kedai

yang ada macam2 beg. Hehe.

Lepas tu pi check in hotel kat area Republic. Dok kat Absolute Hotel. Lepak2 jap. Pehtu kuar hotel. Dan pi ronda2 effiel tower. Posing2. Nampak bas hop on hop off. Tanya2 20 euro selama 2 hari. Berhenti kat tpt2 menarik. Okeylah tu. Kitorang nak bayar, tapi dia kata naik dulu. So kitorang pon naiklah. Tak lama lepas tu dorang soh turun, tukar bas. So kitorang pon tukarlah bas.

Ronda2 jalan paris dengan bas hoho (singkatan bas hop on hop off) sangatlah best. Walaupun masa tu hujan renyai2 tapi redah jelah. Kitorang turun kat Notre Dame. Orang bas takde plak mintak soh bayar ke apa. So kitorang pon blah dari situ dengan selambanya. Haha! Best dapat naik bas free.

Jalan2 kat notre damne, soping2 sikit. Kemudian jalan kaki ke musee du louvre. Taim ni masing2 mcm dah pancit dah. Dengan kaki yang melecet la, kaki terseliuh la. Sampai kitorang berhenti dan lepak di tepi jalan. orang ramai pon dok perati je. ekkeke...

Dah habis posing kat musee du louvre tu, kitorang naik bas balik ke hotel. Singgah makan kat kedai pakistan ke arab gitulah. Punyalah banyak makanan dia. Boleh kongsi dua orang.
sampai hotel tido dan relaks.

13hb mei 2009 (rabu)
Bertolak dari Malaysia jam 950am. Better booking online makanan dalam Air asia tu. Kalau tak, banyak yang takde. Berlapor la.

Flait sampai di Airport stansted around jam 4.50pm. Imigresen so far berjalan lancar. Tanya soalan basic2 je. Dokumen yang perlu ada : return ticket, booking penginapan. Yang lain2 tu just be prepared je la. Kot la dorang tanya lebih-lebih boleh tunjuk je.

Dari epot, amik stansted xpress (19 pound). 45 minit. Boleh gak naik bas. lagi murah sebenarnya. Sampai kat liverpool street station. Beli osyter card (OC) - deposit 3 pound. Dan isinya 20 pound. (boleh refund). Naik tube pi ke st pancras station.

Booking hotel Montana excel kat area st pancras. Dekat gak la. around 10-15minit jalan kaki (tanpa kesesatan). Sampai kat hotel tu, mandi dan siap-siap untuk keluar ronda sekitar situ. Ada dua, tiga kedai kebab halal. Boleh makan.

Pukul 9 baru gelap. Tido tapi tak boleh nak tido gak (jet lag rasanya).

 
>